Sakit urat belikat dan bahu seringkali dihadapi oleh ramai orang dewasa. Ramai orang yang mengadu punca sakit urat belikat ini adalah berpunca daripada masalah salah tidur, salah urat, mengangkat barang yang berat, melakukan aktviti tangan yang berlebihan dan macam-macam lagi. Sebenarnya, masalah sakit urat belikat ini adalah disebabkan oleh saraf tertentu yang terganggu. Apabila sakit urat belikat datang, ia akan menjejaskan aktiviti mengangkat tangan, menyikat rambut, memakai baju juga terasa susah dan berat. Malah, mood juga boleh terganggu kerana rasa tidak selesa yang mengganggu di bahagian belikat dan juga bahu.

 

sakit urat belikat

 

Intan juga pernah mempunyai sejarah sering mengalami masalah urat belikat. Ianya berlaku terutamanya selepas bangun daripada tidur. Kadang-kadang, tidak semena-mena sedang membuat kerja, tiba-tiba sahaja sakit belikat datang sama ada di bahagian belakang sebelah kiri mahupun kanan. Ianya kemudian merebak ke bahagian bahu dan atas kepala. Sakit urat belikat dan bahu ini berlarutan paling lama hingga 2-3 hari, kemudian hilang. Walaubagaimanapun, ianya akan datang semula tidak kira masa dan waktu. Apabila sakit datang, banyak aktiviti dan kerja rumah tergendala kerana kita lebih fokus pada rasa sakit dan berasa tidak selesa. Jenuh sudah saya cuba mengurut di bahagian belakang belikat dengan harapan sakit belikat berlalu, namun, ia tetap memakan masa untuk sembuh kembali.

 Ini meyebabkan saya trauma kerana sering diserang sakit urat belikat! Yang boleh saya buat untuk mencegahnya ialah dengan berhati-hati dan berjaga-jaga dalam menentukan posisi tidur. Jika sakit, saya akan mengambil panadol atau ubat tahan sakit untuk mengurangkan rasa sakit sebelum sakit urat belikat hilang buat sementara waktu. Sakit menyerang tanpa mengira waktu.

 

Punca Sakit Urat Belikat

Sakit urat belikat atau lebih dikenali sebagai scapulocostal syndrome adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan otot dan sendi. Ia seringkali melibatkan kawasan bahagian tulang belikat, bahagian belakang bahu dan boleh merebak ke bahagian tengkuk dan menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit.

Antara punca yang menyumbang kepada sakit urat belikat ialah:

 
1. Postur badan yang tidak betul. 

Ini adalah punca kesakitan sakit urat belikat yang paling utama. Jadi, anda perlu mengubah cara kerja, posisi anda tidur bagi menghalang kecederaan daripada berulang. Ibu menyusu juga sering mengalami masalah sakit urat belikat kerana postur menyusu yang diambil ringan.

sakit urat belikat

 

2. Disebabkan penyakit pada tulang tengkuk, berlaku kecederaan pada bahu, terdapat abnormaliti pada tulang skapula atau rusuk.

 

 

3. Masalah saraf di kawasan belikat.

4. Pesakit yang mempunyai otot yang lemah pada kawasan belikat contohnya pesakit strok. 

5. Sakit urat belikat boleh menjadi petanda anda menghidap penyakit kronik yang lain. 

 

Rawatan Dan Ubat Yang Dicadangkan Untuk Sakit Urat Belikat

Rawatan adalah bergantung pada diagnosis penyakit yang menjadi punca kesakitan sakit urat belikat.

1. Pengambilan ubat tahan sakit seperti ubat antiradang (NSAIDs).

2. Suntikan pada bahagian medial tulang skapula melibatkan ubat bius seperti Lignocaine yang dicampur dengan steroid seperti Bethamethasone dapat menghilangkan kesakitan dan kurangkan radang yang menjadi punca kesakitan.

3. Suntikan diberi ke dalam selaput busa yang berada antara otot tulang skapula yang dipercayai menjadi puncakesakitan. Ini adalah rawatan sementara, walaubagaimanapun punca asal penyakit haruslah dirawat secara spesifik.

4. Pembedahan dicadangkan jika punca penyakit gagal dirawat menggunakan kaedah-kaedah di atas.

Contohnya, jika punca kesakitan adalah disebabkan oleh koyakan pada otot rotator pada sendi bahu, maka koyakan tersebut perlulah dijahit semula secara pembedahan. Ini adalah penting untuk mencegah kesakitan itu berulang.

5. Mengambil supplemen(makanan tambahan) yang sesuai untuk kesihatan saraf dan tulang.

 

Sakit Urat Belikat Yang Saya Alami Tiada Lagi!

 


Berbalik kepada cerita saya di atas, saya adalah antara pesakit sakit urat belikat yang agak teruk. Ianya menyerang beberapa kali dalam masa sebulan dan ianya sangat mengganggu aktiviti harian saya. Setiap kali sakit urat belikat datang, saya perlu mengambil ubat tahan sakit dan kerana masih menyusukan anak, saya bertukar kepada panadol sahaja. Dr yang saya jumpa banyak menyarankan untuk saya menjaga posisi tidur, tidak membuat aktiviti tangan yang berlebihan, bagi membantu mengelakkan sakit urat belikat menyerang lagi. Namun, tanpa sebab, sakit urat belikat pasti akan datang juga walaupun saya sudah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga.

 

 
1. B-Complex (Untuk Kesihatan Saraf dan Otot)



2. Ostematrix (untuk kesihatan tulang dan otot)

3. Omega Guard (Untuk kurangkan keradangan pada urat saraf meredakan sakit)

 
 

Saya melakukan banyak pencarian apa lagi ubat untuk sakit urat belikat yang sering menyerang saya. Akhirnya saya menemui yang B-Complex adalah supplemen  yang bagus untuk saraf. Jadi, saya ikhtiar konsisten mengambil B-Complex untuk kesihatan saraf, dan juga Ostematrix untuk kesihatan tulang dan otot. Pada masa yang sama, saya juga ada mengambil Omega Guard untuk bantu kurangkan berat dan Omega-3 dalam Omega Guard mempunyai sifat anti radangan secara semulajadi yang juga membantu kurangkan sakit. Dan amazingly, biiznillah, sakit urat belikat saya tidak pernah datang lagi hingga hari ini. Ianya sudah masuk 1 tahun lebih sakit urat belikat tidak  menyerang saya.

Alhamdulillah, ketiga-tiga supplemen yang saya ambil ini membantu selesaikan root cause kepada masalah sakit urat belikat yang telah saya alami selama ini.

Jika anda menghadapi masalah sakit urat belikat juga, ikhtiarlah dengan B Complex, Omega Guard dan Ostematrix! Hubungi Intan untuk lebih pertanyaan.

 

HUBUNGI INTAN SEKARANG!

Jika anda tidak tahu yang mana satu produk untuk diambil untuk menyelesaikan masalah sakit urat belikat, jangan segan silu untuk menghubungi Intan.
 

HUBUNGI INTAN

 
 

 
 
Intan Farhana bt Sharifudin
ID : 1235190
Whatsapp/Call : 013-5241628
Emel : intan_ifs@yahoo.com
Fb : Intan Farhana Sharifudin

Jika anda ke Ipoh Perak, dan anda juga seorang book lover, wajib untuk anda membuat lawatan ke BookXcess Ipoh Perak. Ia menawarkan ribuan judul-judul buku seperti sains, novel, sains fiksyen, sastera, novel remaja, buku masakan, buku rekabentuk dan banyak lagi. Apa yang menarik dengan BookXcess Ipoh ini, ia merupakan bookstore yang berasal daripada bank lama yag pernah terkenal dan sangat sibuk pada tahun 1980 an. Jadi, buku-buku di BookXcess Ipoh Perak ini disusun di peti simpanan bank dan bilik kebal bank yang telah diubah suai menjadi rak buku. Anda akan merasai pengalaman yang berbeza di BookXcess Ipoh Perak ini, seakan-akan masuk ke peti simpanan bank. Reka bentuk dan seni bina bank lama masih dikekalkan pada kedai buku ini untuk untuk mencipta satu pengalaman unik buat para pengunjung.

review bookxcess ipoh perak
Buku disusun di peti simpanan bank

BookXcess di Ipoh Perak yang lebih dikenali sebagai BookXcess Kong Heng ini beroperasi dengan kawasan bersejarah iaitu di Kong Heng Square, yang mana pernah menjadi salah sebuah bank yang termasyur di Ipoh. Premis dua tingkat ini telah diberi nafas baru untuk menempatkan kedai buku dan ia pasti tempat pencariaan para pencinta buku dan peminat seni fotografi kerana keunikan kedai buku ini.

Buku yang dijual di sini adalah dengan harga mampu milik. Ibu bapa juga boleh mendapatkan pelbagai buku cerita kanak-kanak, buku aktiviti dan buku berbunyi. Ibu bapa kepada anak-anak kecil boleh mendapatkan 13 siri buku Augmented Reality (AR) yang dijual secara ekskusif di BoxXcess Ipoh ini.




Tingkat bawah tanah kedai buku ini menempatkan newseum kecil  "Yasmin at Kong Heng" bagi mengabdikan nama beliau sebagai inspirasi kepada generasi baru. Di sini, pengunjung boleh menyelami minda, perasaan, aspirasi Yasmid Ahmad melalui tontonan iklan-iklan Petronas dan filem terbaik yang dibuatnya, Anda juga berpeluang menjenguk ke dalam minda Yasmin Ahmad dengan meneliti kandungan Mac asli yang beliau gunakan untuk menaip semua ideanya.



BookXcess Ipoh Perak ini beroperasi di alamat No 91, Jalan Sultan Yusuf (Belfield Streer), 30000 Ipoh Perak. Ia beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi- 10 malam. Semoga bermanfaat!
tasik cermin ipoh
Tasik Cermin Ipoh
Pada cuti Chinese New Year yang lepas, Intan dan keluarga ambil peluang untuk ke Tasik Cermin yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh. Nak jugalah tahu apa yang ada di Tasik Cermin ini. Orang jauh pun dah sampai ke Tasik Cermin ini, Intan yang memang Ipoh tempat tanah air tercinta, pun tak pernah sampai lagi. Jom, marilah tengok apa yang Intan jumpa di Tasik Cermin!

Sampai-sampai je di kawasan ini, kami parking kereta di kawasan lapang yang disediakan. Ada orang yang menjaga tempat parking itu. Nampak macam orang persendirian. Entahlah, Masuk ke Tasik Cermin percuma saja. Lepas turun dari kereta, anda perlu berjalan lebih kurang 1km untuk sampai ke Tasik Cermin.

Jalan masuk mengarah ke Tasik Cermin tidak proper, jalan melalui kawasan-kawasan bukit kuari. Kemudian, ada sedikit trekking masuk hutan. Tetapi jangan risau, laluan pejalan kaki disediakan sepanjang hutan itu. Sambil berjalan, anda boleh mendengar bunyi kicauan burung dan bunyi unggas hutan bersahutan. 

Keluar sahaja daripada hutan, anda perlu berjalan lebih kurang 200 meter lagi untuk sampai ke pintu gua. Kemudian, anda perlu berjalan masuk ke dalam gua yang agak gelap sepanjang kira-kira 100 meter lagi untuk sampai ke kawasan Tasik Cermin. Dalam gua, dah boleh nampak cahaya di hujun gua. Fuh! Berpeluh juga haritu, banyak berjalan. Akhirnya, tadaa! Inilah Tasik Cermin yang sering diperkatakan oleh orang tu. Tasik ini bukanlah sebuah tarikan formal, tiada siapa yang jaga kecuali uncle penjaga parking, tiada juga pintu entrance, juga tiada kaunter tiket. Memang korang pergi ke Tasik Cermin, perlu meneroka mencari Tasik Cermin dengan kedudukannya yang agak tersorok. Mujur semasa Intan datang, ramai pelawat lain yang ada juga. Jadi, takdelah Intan sekeluarga tercari-cari jalannya. Kalau tak yakin, janganlah ke sini seorang diri.

Setelah sampai di hujung, pandangan mata korang akan terpesona dengan melihat keindahan tasik yang terhidang di depan mata. Jadi, apalagi, kami tak lupa mengabdikan keindahan ini dalam foto, walaupun gambar selalunya tidak dapat menterjemahkan lukisan alam 100%.





 menu nasi bamboo sungkai

 
Nasi Bamboo Sungkai- Pasti ramai pernah dengar tentang satu lagi tempat makan yang menjadi viral di laman sosial suatu ketika dahulu yang terkenal dengan nasi buluh atau Nasi Bamboo Sungkai yang terletak di Sungkai Perak. Ramai yang datang dari serata tempat semata-mata ingin merasakan kelainan masakan nasi buluh beserta lauk-lauk kampung yang menepati selera masyarakat Melayu terutamanya. 
 
Setiap masa penuh orang yang datang dari pelbagai tempat
 
Waktu Operasi Nasi Bamboo Sungkai
Restoran nasi bamboo Sungkai
 
 
Restoran Nasi Bamboo Sungkai, Sungai Klah terletak hanya 400m dari exit Sungkai Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Dalam perjalanan pulang dari kampung Ipoh ke KL, kami singgah sebentar di Restoran Nasi Bamboo Sg Klah ini untuk menikmati juadah makan tengahari yang sedap dan unik yang sering diperkatakan orang ramai. Jom intan kongsikan pengalaman sendiri menikmati makan tengahari beberapa juadah menarik di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak ini. 
 

 

Juadah Menarik di Nasi Bamboo Sg Klah

Pelbagai juadah menarik yang disajikan buat para pelanggan. Dan lauk-pauk yang disediakan betul-betul menepati cita rasa masyarakat Melayu khususnya. Sistem yang digunakan oleh Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ini adalah sistem layan diri.
 
 
Konsep layan diri
 
 
Pelbagai pilihan makanan ada di sini
 
 
 

1. Nasi buluh atau lebih dikenali sebagai Nasi Bamboo

Ha! Tulah dia nasi bamboo. Nasi yang dimasak di dalam buluh. 
 
 
 
 

2. Daging Kambing Bakar

 
RM11 satu pinggan
 

3. Ayam

 
 
 
 
 
 
 

4. Ikan Tilapia Bakar Kuah Asam


 

5. Burung Puyuh Bakar
 
 
 

6. Ikan Cencaru Sumbat

 

 

7. Masakan Sambal Kentang

 
RM3/pinggan
8. Sayur Pucuk Kerabu
 

RM4/pinggan
 
 

 

9. Sate

 
 
 
 

 

10. Kari Terung

 

 

11. Ketam

Add caption
12. Pau
 

 

13. Air Kelapa

 
RM4/biji
 

14. Minuman

 

Air Tembikai
Air Durian Belanda

 

Pengalaman Kami di Nasi Bamboo Sungai Klah

Memandangkan kami ke sini hanya dengan keluarga kecil kami, maka inilah hasilnya!
 
 
 
 
 

Makan dalam dulang di restoran nasi bamboo Sg Klah


  
Memang tidak rugi mencubanya. Patutlah tempat ini sentiasa penuh dengan orang yang datang dari serata Malaysia. Memang sedap dan unik!
 
Full house ok!
 
 
 
 

Upin Ipin Merchandise di Restoran Nasi Bamboo

Selepas makan, kami jalan-jalan cuci mata di dalam gerai Upin Ipin yang betul-betul terletak dalam Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. Anda boleh dapatkan barangan Upin Ipin yang original di sini. 
 
 
 
 
 
 
Baju Signature Nasi Bamboo Sungkai ada dijual di sini
 
 
 
 
 

Moga bermanfaat!

Jika ke Perak, jangan lupa singgah ke Nasi Bamboo Sungkai ok!
 
 

Subscribe My Blog

Followers

Popular Posts