aktiviti di gopeng glamping park

Antara tarikan di Perak ialah Gopeng Glamping Park. Glamping ini stand for glamour camping. Apa beza dengan camping biasa? Sampai-sampai sini, korang tak perlu lagi bersusah-payah membina khemah. Khemah dah tersedia, siap dengan kelengkapan tilam dan kipas. Untuk khemah kami, ada dua tilam saiz queen dan 2 kipas. So, jangan risau, memang tak panas bermula jam 6 ptg, dan cuaca tengah malam memang agak sejuk, sampai tak payah guna kipas pun memang dah sejuk.


Di Gopeng Glamping Park ini, ada dewan makan ala-ala hipster dan dilengkapi dengan toilet bershower yang bagi intan sangat bersih. Khemah intan terletak dalam 80 meter je dari toilet. Harga, kurang dari RM200 untuk 1 malam, termasuk sarapan pagi untuk 4 orang. Bestkan. Nak harga PROMOSI, bolehlah LIKE page Gopeng Glamping Park. Mereka selalu buat PROMOSI secara berkala.

Bawah ni gambar toilet.


Aktiviti Best di Gopeng Glamping Park


1. Berehat Dalam Khemah

Ini first time la Intan bawa anak-anak bercamping bagai. Sebenarnya bukan camping tapi glamping. Jadi, diorang tak tahu laa lagi sebenarnya kesusahan duduk dalam khemah beralaskan bumi, takde kipas, dan kadang2 masuk air bila hujan lebat. Hehe. Diorang membesar terus kenal glamping. Memang best duduk berehat dalam khemah sambil membaca, berborak sambil menikmati kecantikan susun atur dalam khemah tu.


2. Cycling

Di Gopeng Glamping Park ini, ada banyak sangat basikal yang korang boleh pilih untuk cycling dalam kawasan glamping ini. Semuanya PERCUMA, iaitu dah termasuk dalam pakej beli glamping ini.


3. Trampoline

Ini permainan lompat-lompat dipanggil trampoline yang sesuai untuk anak-anak. Anak-anak memang enjoy la main dekat sini.


4. Mashamallow Panggang Di Unggun Api

Unggun api akan dinyalakan sebaik sahaja cuaca bertukar gelap. Jadi, korang boleh bawa la mashamallow sendiri dan bakar kat situ. Lepastu, yang kaki muzik tuu, boleh bawa gitar sambil nyanyi ramai-ramai dengan kawan-kawan.

5. Fireshow

Fireshow di Gopeng Glamping Park ini tidak selalunya ada. Fireshow hanya akan dibuat pada hujung minggu atau hari orang yang ramai. Masa booking Tu, korang kena tanya la pihak glamping ada fireshow tak masa korang menginap.


6. Jalan-Jalan Tengok Kebun Buah


Surprisingly, Gopeng Glamping Park ini dikelilingi dengan pokok buah. Buah durian, buah cempedak, buah rambutan. Terasa best la sebab dapat suasana kampung camtu.

7. Hamoc


Hamoc ni korang kena sewa, harganya kalau tak silap dalam RM30 per hamoc. So, korang boleh rehat dan tidur di bawah pokok beralaskan hamoc dengan tenangnya.

8. Indoor games

Antara aktiviti menarik di sini ialah terdapat pelbagai indoor games yang korang boleh main. Antaranya ialah congkak, chess, game ular. Korang boleh main dengan ahli keluarga mahupun kawan-kawan di tempat makan, di Gopeng Glamping Park ini.

10. Mandi Sungai
Memang persekitaran di sini ala-ala kampung sangat. Jadi, ada juga unsur sungai yang anda boleh enjoy mandi-manda. Tapi seperti biasa, Intan memang tak prefer untuk mandi-mandi sungai ni. Jadi, kami pergi melawat sungai je, ambil gambar serba sedikit kemudian balik ke khemah. 


11. Caving ke Gua Tempurung

Gopeng Glamping Park ini tidak jauh daripada Gua Tempurung. Anda boleh caving dengan keluarga. Mashaallah, gua tempurung tu terbentuk luar biasa cantik sangat. Jangan lepaskan peluang masuk ke Gua Tempurung tau!


Jadi, anda boleh consider untuk glamping bersama keluarga di Gopeng Glamping Park. Tonton video di bawah, ia merupakan pengalaman Intan sekeluarga berglamping di Gopeng Glamping Park. Selamat menonton.




Klik 2 kali untuk tontonan di YOUTUBE.

0 comments:

Post a Comment

Followers

Subscribe My Blog

Popular Posts