boh tea heritage center & factory cameron highlands


Beberapa kali datang ke Cameron Highlands ni, tempat wajib yang Intan dan keluarga pergi ialah di Boh Tea Heritage Center & Factory, Cameron Highlands. Tempat ini patut berada dalam senarai tempat menarik di Cameron Highlands. Ianya terletak di daerah Ringlet yang mana ianya satu jalan dengan Apitary Bee Farm. Jalannya agak sempat dan berbukit, dan anda wajib untuk bunyikan hon supaya kenderaan dari arah hadapan tahu kehadiran anda. Sepanjang perjalanan ke Boh Tea Heritage Center & Factory ini, anda akan disajikan dengan pemandangan kebun-kebun sayur dan ladang teh berbalam-balam. Memang tidak terkata luar biasa hebat dan indahnya alam yang Allah ciptakan ini, subhanallah.



Tahun 2014 bersama Angah dan Atok Pahang



Apa Aktiviti Menarik Anda Boleh Buat Di Sini?


1. Hiking

Terdapat anak tangga berbatu yang anda boleh daki untuk sampai ke puncak. Pendakian adalah memakan masa 15-20 minit sahaja. Dah sampai di puncak tu, anda dah boleh enjoy pemandangan ladang teh yang sangat-sangat cantik, subhanallah. Intan first time mendaki puncak ladang teh di Heritage Tea Center ini adalah pada tahun 2011, masa honeymoon. Sejak ada anak-anak ni, tak pernah lagi la mendaki untuk ke puncak. Di tempat inilah,  kami berkenalan dengan satu keluarga Perancis dan budak lelaki dalam gambar itu adalah anaknya.

Gambar 2011-Pemandangan dari puncak

Gambar tahun 2011-Pemandangan dari puncak

2. Melawat Kilang Hasilkan Teh

Rugi kalau datang ke Cameron Highlands, tapi tak melihat penghasilan teh secara dekat. 



Daun teh yang telah diproses akan mengalami proses pengeringan sekurang-kurangnya sebulan supaya arma teh dapat dihasilkan. Namun, dengan kecanggihan teknologi mesin, proses ini telah dipercepatkan. Di Boh Tea Heritage Center and Factory ini, anda boleh melihat proses penghasilan teh dari sudah dipetik sehingga dimasukkan ke dalam karung mengikut gred. 

Inilah kilang memproses teh 

3. Shopping

Sampai di sini, lepas dah tengok penghasilan teh dari dauh teh, korang mesti rasa berbaloi sangat bawa pulang hasil-hasil teh sebagai cenderahati dan penggunaan sendiri. Bagi Intan, harga teh di sini mahal berbanding di tempat lain. Tapi, boleh la beli sikit di sini sebagai signature dah sampai sini kan.






4. Minum Pagi/Petang

Sampai di sini, mestilah nak minum pagi atau petang bergantung pada masa anda sampai. Lagi best, bila lepas hujan. Memang sejuk dan nyaman je. Minum santai sambil melihat pemandangan ladang teh, Memang berbaloi sangat. Anda boleh mencuba pelbagai jenis kek dan antara kek yang best ialah kek tiramisu green tea.



Ohh..anakku menghancurkan kek!

Abi dan Sumayyah enjoy carrot kek. 


Sekian, itu sahaja sharing daripada Intan. Jika anda ke Cameron Highlands, ambil masa untuk pergi ke Boh Tea Heritage Center & Factory ini. Pelbagai aktiviti dan pengalaman baru yang anda boleh dapat ke sini. Saya pasti yang pernah ke sini, pasti ingin pergi lagi, Selamat bercuti dan semoga bermanfaat. 




0 comments:

Post a Comment

Followers

Subscribe My Blog

Popular Posts