kangaroo di cameron highlands



Selain daripada tarikan Cameron Highlands disebabkan oleh cuaca yang sejuk dan ladang-ladang strawberry yang memberikan aroma yang harum, kini, anda boleh jumpa dengan kangaroo di Cameron Highlands. Kangaroo yang diimport daripada Australia ini ditempatkan di Taman Rama-Rama, Cameron Highlands di kawasan Brinchang. Walaupun namanya Taman Rama-Rama, kangaroo, rabbit dan pelbagai spesis haiwan lain turut ada di Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini.

kangaroo di cameron highlands
Kangaroo di dalam Taman Rama-Rama ini yang terletak di daerah Brinchang



Kangaroo di Cameron Highlands ini bukanlah sebanyak kangaroo yang anda boleh jumpa kat Australia tu. Hanya ada seekor kangaroo yang ditempatkan di sebuah kandang yang cantik, dan anda boleh melihat aksi kangaroo melompat-lompat dan makan carrot yang disediakan. Walaupun anda tidak berpeluang untuk bermanja dengan kangaroo, namun anda boleh berswa photo dengan kangaroo di Cameron Highlands ini secara dekat. Kangaroo yang terdapat di Taman Rama-Rama Cameron Highlands itu agak jinak dan pandai membuat aksi comel di hadapan para pengunjung.

Ini dia kangaroo nya!


Mahal ke nak masuk Taman Rama-Rama ni untuk tengok kangaroo? Sekali masuk, RM7 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Berbaloi sangat harga tiket dengan pelbagai jenis haiwan disajikan untuk tatapan anda, termasuklah rama-rama, kangaroo, serangga, pelbagai jenis reptilia seperti ular dan katak.

Korang, jika ke Cameron Highlands, singgah-singgahlah Taman Rama-Rama Cameron Highlands ini, untuk melihat sendiri kelincahan kangaroo yang diimport khas daripada Australia ini. Selamat bercuti!

2 comments :

  1. Wah! Boleh melepaskan rindu pada Bumi Kangaroo ni.. Dulu pergi situ tak ada lagi kangaroo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah sekor Bazilah..Tapi kesian kangaroo kat Aussie kan, banyak yang mati rentung.

      Delete

Followers

Subscribe My Blog

Popular Posts