Showing posts with label Kampungstay Desa Murni Temerloh. Show all posts
Showing posts with label Kampungstay Desa Murni Temerloh. Show all posts
2 minggu lalu, intan dan kawan-kawan book satu homestay di daerah Temerloh Pahang. Homestay tu antara homestay yang best di Temerloh Pahang. Sebenarnya kami datang ke situ untuk jaulah keluarga, pada masa yang Sama, ingin menghadiri akad nikah dan walimah seorang rakan kami. Selain dari terkenal dengan daerah ikan patin, Intan rasa Temerloh juga boleh terkenal dengan adanya Kampungstay Desa Murni. Sekali masuk, homestay yang disebut sebagai kampungstay ini ala-ala resort yang cantik. Rumah penginapan di KampungStay Desa Murni ini menggunakan konsep rumah kayu. Bagi yang berminat nak tinggal di rumah kayu ala-ala kampung, bolehlah ke sini.

Kami booking 2 rumah di sini. Rumah pertama mempunyai dewan besar siap boleh buat program dan dilengkapi dengan 5 bilik berhawa dingin. Rumah ini mempunyai 3 tingkat kesemuanya. Rumah kedua pula mempunyai 5 bilik, dengan semua bilik mempunyai penghawa dingin. Memang terbaik! 

Di sini juga, anda boleh menempah rumah dengan pakej makan malam ala-ala BBQ gitu. Tidak perlu anda bersusah payah mencari makanan di luar, hanya dengan RM15 sekepala, anda boleh dapatkan menu lengkap makan malam yang best. Anda juga boleh request jika ingin berBBQ  ayam sendiri. Malah, kuantiti makanan yang diberikan lebih dari cukup sampai kami boleh sedekah pula hampir 2 bekas nasi goreng ke rumah jiran 😁

Di depan kampungstay Kami, betul-betul ada swimming pool kanak-kanak. Anak-anak tak lepaskan peluang mandi swimming pool. Apapun, parent kena sentiasa berjaga-jaga tentang keselamatan anak masing-masing.

Antara aktiviti lain yang anda boleh buat di KampungStay Desa Murni ialah cycling. Terdapat beberapa basikal yang disediakan untuk anda melakukan lawatan di kawasan Kampungstay ini. Bestkan! Tapi intan tak sempat pun nak cycling, maklumlah busy berkenduri pula.

Harga KampungStay Desa Murni ini mengikut rumah yang disewa. Anda boleh rujuk harga di sini. Apapun, berbaloi sangat jika anda nak buat family day atau gathering bersama kawan-kawan di sini.

Selamat bercuti!

Subscribe My Blog

Followers

Popular Posts